USIM pelengkap Jelajah Malaysia

15/03/2011 23:25

 

 Mehdi jersi kuning tersenyum kepuasaan selepas menjuarai kejohanan.

 

 

oleh :Jalak Kuning

Nilai-  buat julung kalinya  Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menjadi medan terakhir kejohanan lumba basikal jelajah  Malaysia(JM)2011 dari Batu Caves ke Nilai pada petang ahad lalu.

                Pelumba Tabriz Petrochemical Team, Mehdi Sohrabi muncul juara keseluruhan Kejohanan Lumba Basikal Jelajah Malaysia (JM) selepas berjaya menguasai peringkat terakhir dengan catatan masa 3 jam 59 minit 44 saat mengatasi pelumba-pelumba yang lain.

 Amar Jairani, 22 pelajar berkata, “saya teruja menunggu pelumba-pelumba tiba ke garisan penamat dengan harapan ianya pelumba Malaysia muncul juara tetapi sebaliknya pelumba asing yang muncul juara ianya sedikit menyedihkan di tanah sendiri”.

Sementara itu, pelumba sensasi negara Anuar Manan hanya mampu meraih tempat ketiga keseluruhan dengan 62 mata manakala Amir Mustafa Rusli dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula muncul pelumba terbaik Malaysia.