Ukhuwah Terjalin Erat

21/02/2011 13:34

 


Port Dickson-Pada  19 februari yang lalu, Sife Usim telah mengadakan Hari Keluarga yang pertama kali sejak ia telah ditubuhkan lebih kurang lima tahun yang lalu.

    Program ini telah disertai oleh 30 orang ahli yang terdiri darpada ahli lama dan barui.Tujuan program ini diadakan adalah  sebagai pengenalan awal kepada ahli-ahli yang baru menyertai  Kelab Sife Usim. Disamping itu , program ini juga bertujuan mengenal pasti bakat baru antara mereka sebagai pelapis yang akan datang.

    Melalui program seperti ini semua ahli sife dapat bertukar pandangan dan fikiran seterusnya mewujudkan keserasian  secara positif. Semangat berpasukan adalah aspek terpenting dalam setiap kelab dan  Sife Usim mengambil langkah awal bagi mengukuhkan  organisasinya di peringkat akar umbi.

    Disamping mengeratkan silaturrahim antara ahli sife usim, program ini juga sebagai satu pendedahan kepada ahli baharu kepada perkembangan Sife Usim di  dalam kampus.Surianti Ishak berkata, “ dengan adanya pogram sebegini, ia merapatkan lagi hubungan antara sesama ahli.” Katanya.

    Program yang bertempat di rumah tumpangan CIMB  Bank Port Dickson ini merupakan lokasi yang strategik untuk program-program sebegini. Sepanjang  dua hari satu malam di  rumah tumpangan ini, para peserta telah ‘’disajikan’’ dengan pelbagai aktiviti yang menarik antaranya latihan dalam kumpulan , Explorace dan Jamuan BBQ.

    Menurut Mohd Taufiq Mohd Mokhhani, beliau berkata melalui aktivit-aktiviti yang telah dijalankan ia meningkatkan jati diri antara ahli dan antara lain melatih setiap ahli sikap kerjasama antara satu sama lain di dalam menjalankan sesuatu pogram.

    Pogram tersebut berakhir dengan penyampaian hadiah kepada para  peserta  yang telah disampaikan oleh Pengarah Pogram Mohd Khairul Anuar. Sife Usim juga berharap dengan adanya pogram seperti ini ia dapat meningkatkan semangat di antara ahli bagi menghadapi Sife World Cup Competition yang bakal berlangsung pada bulan Julai ini.