Bebanan Tugasan Punca Mutu Pelajar Merosot

02/03/2011 09:02

Sekadar gambar hiasan

 

Nilai, 25 Februari- Kondisi pelajar dilihat ‘meleset’ daripada keadaan yang sebenarnya. Itulah antara rumusan yang dapat dibuat apabila majoriti pelajar yang ditemui menyatakan pandangan yang sama dan inginkan perubahan dilakukan.

            Tugasan yang diwajibkan sebagai antara syarat unutk lulus sesebuah subjek dilihat semakin  memberi tekanan dan bebanan kepada pelajar. Selain itu, kemasukan subjek-subjek yang dilihat tidak perlu antara faktor lain yang dilihat sebagai punca utama keadaan pelajar-pelajar ‘merudum’.

            Seorang pelajar tahun 3 FPBU dan enggan dikenali berkata, ketidaksefahaman antara pensyarah dan pelajar itu sendiri tidak akan menyumbang manfaat kepada kedua-dua belah pihak untuk jangka masa yang panjang. Sebagai contoh, pensyarah memberikan tugasan yang tidak selayaknya dilakukan oleh pelajar berkelulusan ijazah seperti menyediakan kertas cadangan tesis sebanyak 35 muka surat, di mana sudah mencapai tahap bagi pelajar jurusan Ph.D! Persoalannya sekarang, di manakah rasionalnya tugasan ini?

            “Bayangkan, bukan satu subjek yang hendak dibuat tugasan, banyak kerja lagi yang perlu disiapkan di mana semua tugasan dituntut dalam masa yang singkat dan tidak mencukupi ruang buat kami sebagai pelajar.”

            Di samping itu, waktu pembelajaran kuliah yang ‘tidak masuk akal’ menjadi punca utama pelajar-pelajar ‘meleset’. Umpamanya kuliah dijalankan pada pukul 12 tengah hari sehingga jam dua petang! Ternyata ini tidak logik, menurut Hishamuddin, 22, tahun 3 FPBU.

            “Sepatutnya waktu yang sedemikian tidak sesuai untuk belajar setelah dua jam sebelumnya turut diadakan kelas. Ruang masa di waktu tengah hari adalah tidak selari dengan fungsi otak manusia untuk bekerja di dalam keadaan yang terik dan panas. Kesannya dapat dilihat serta-merta iaitu pelajar tidur ketika waktu kuliah berlangsung. Siapa yang bersalah?”

            Sebagai kesimpulan, satu usaha yang kukuh dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak perlu dibuat bagi mengelakkan mutu sesebuah universiti tidak tercalar dan jatuh dengan keadaan pelajar-pelajar yang ‘meleset’.