Tesco pencetus fenomena!

15/03/2011 23:16

Tesco Nilai yang baru dibuka. - Google Image

 

 

 

 

 

 

 Oleh: Muhaimin

Nilai- Pembukaan pasaraya Tesco di Nilai telah mencetuskan fenomena 'Tescoism' di kalangan komuniti Nilai. Hal ini  terbukti apabila bilangan pengungjung adalah sesak pada hari pertama pembukaannya pada 28 Februari yang lalu.

    Salah seorang pengunjung yang ditemui berkata, kawasan letak kereta yang berbumbung dan luas adalah antara faktor utama dia memilih Tesco sebagai tempat untuk membeli barang-barang keperluan harian. Selain itu, tempat letak motosikal juga turut dilengkapi dengan kemudahan yang sama dan memberikan keselesaan kepada para pengungjung. 

    Tinjauan wartawan usimjournalism ke Tesco mendapati suasana yang kondusif dan mesra pengguna antara faktor sampingan utama yang lain untuk memilihnya sebagai pusat membeli-belah di situ. Selain itu, ruang permainan kanak-kanak yang terletak berhampiran dengan Medan Selera Tesco memudahkan para ibu bapa untuk memantau anak-anak ketika bermain.

    Suasana yang berbeza pula dapat dilihat di pasaraya Giant apabila kehadiran pengungjung yang datang adalah kurang berbanding hari-hari biasa. Kami percaya, melalui analisis secara rawak menyatakan bahawa kehadiran 'jiran' baru di kawasan Nilai adalah sebab utama keadaan tersebut. Tidak mahu mengalah terlalu awal, Giant turut melakukan perubahan drastik dalam waktu operasi. Waktu operasi yang biasanya bermula pada pukul 10 pagi diawalkan kepada jam lapan pagi sehingga 11 malam. Bagi hari Jumaat, Sabtu dan Ahad pula, waktu oerasi ditamatkan pada pukul satu pagi sepertimana Tesco juga. Walau apa pun jua, pilihan di tangan anda.