FPBU hampir memalukan FSU.

09/03/2011 08:29

Peserta menerima hadiah penghargaan daripada pihak tertinggi Universiti, Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Mohamed Asin Dollah, Timbalan Naib Canselor.

 

 

oleh:Jalak Kuning

Nilai- Kelab Debat Universiti Sains Islam Malaysia telah menganjurkan Kejohanan Debat Piala Naib Canselor USIM 2011 berlangsung di Fakulti Syariah dan Undang-Undang pada hari sabtu lalu.

Program yang dianjurkan oleh Kelab Debat USIM dengan kerjasama Unit Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar serta fakulti-fakulti dan Pusat Tamhidi. Pada tahun ini juga, pihak penganjur telah meluaskan penyertaan kepada kolej-kolej kediaman untuk menghantar penyertaan. Kejohanan ini mendapat penyertaan penuh daripada semua fakulti serta Pusat Tamhidi dan kolej kediaman untuk ketiga-tiga kategori iaitu Kategori Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.

Menurut Saudara Mohd Taufik Bakar, Urusetia Kejohanan Debat Piala Naib Canselor USIM 2011, “Kejohanan ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada para peserta apabila dewan dipenuhi oleh para peserta yang gigih dan bersemangat sekali untuk belajar dan bersaing dalam kejohanan debat ini” katanya.

    Pertandingan Akhir Kejohanan Debat Piala Naib Canselor kategori Bahasa Arab telah dimenangi oleh Fakulti Syariah dan Undang-Undang menewaskan Fakulti Pengajian Bahasa Utama yang hanya bergelar Naib Johan dan kategori Bahasa Melayu telah dimenangi oleh pasukan Fakulti Kepimpinan dan pengurusan mengalahkan pasukan Fakulti Syariah dan Undang-Undang  Manakala Kategori Bahasa Inggeris pula Fakulti Pergigian telah berjaya membuktikan kebolehannya apabila berjaya menewaskan pasukan daripada Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan.

    Turut hadir Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Mohamed Asin Dollah, Timbalan Naib Canselor, Y. Bhg. Prof. Dr. Musa Ahmad, Timbalan Naib Canselor, Y. Bhg. Dr. Rushdan Jailani, Dekan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan.