Pilihan Raya USIM

01/03/2011 20:01

 NILAI, 22 Februari 2010 – “Kejayaan Universiti adalah kejayaan mahasiswa dan mahasiswi semua” begitulah ungkapan yang diluahkan oleh Y.Bhg Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda, Naib Canselor USIM di atas kejayaan dan kelancaran proses Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi tahun 2011 semalam. Proses pemilihan secara online melalui sistem e-UNDI ini bermula seawal jam 8.30 pagi sehingga 4.30 petang berjalan dengan lancar.


    Sebanyak 24 kerusi dipertandingkan pada tahun ini menyaksikan seramai 13  calon bertanding untuk merebut 8 kerusi kawasan umum manakala 17 calon bertanding untuk merebut 16 kerusi kawasan fakulti. Pemilihan pada kali ini juga menyaksikan sebanyak 7 fakulti menang tanpa bertanding iaitu Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU), Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) dan Fakulti Pergigian FPG). 

    Seramai 4920 pelajar yang layak mengundi pada tahun ini dengan mengambil kira keseluruhan pelajar pra-siswazah dan pelajar siswazah. Keseluruhan pelajar turun mengundi adalah seramai 4349 menjadikan peratusan mengundi pada tahun ini sebanyak 88.39% berbanding tahun lepas 93.0%.