Karnival Eksplorasi USIM 2011 Lakar Sejarah

08/03/2011 23:51

Antara Gerai makanan yang dibuka sempena Hari Karnival USIM

 

Nilai- Buat pertama kalinya, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengadakan hari terbuka universiti atau lebih dikenali sebagai Karnival Eksplorasi USIM 2011 “Simply Inspiring.Karnival yang bermula pada 4 sehingga 6 Mac baru-baru ini mendapat sambutan diluar jangkaan daripada sekolah-sekolah di sekitar Negeri Sembilan dan Lembah Klang serta dari beberapa buah negeri seperti Kelantan dan Terengganu.  

              Program seperti ini dirasakan perlu  untuk memperkenalkan Institusi ini dengan lebih dekat di mata masyarakat disamping  beberapa pendekatan lain  yang lebih mesra. Sesuai dengan nama yang diberikan kepada program ini iaitu Karnival Eksplorasi kerana Eksplorasi itu sendiri membawa maksud penjelajahan ke lapangan untuk memperoleh sesuatu. Dengan kata lain, kita memberikan peluang kepada para pengunjung untuk menyelami serta mendalami apa yang terdapat di USIM dengan lebih dekat dan mesra.


            Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk menarik minat, menyediakan peluang dan menggalakkan penyertaan orang ramai , khususnya pelajar yang menanti keputusan Sijil Penilaian Menengah(S.P.M). Mereka yang hadir akan diberi penerangan secara terperinci mengenai peluang-peluang pengajian yang disediakan oleh pihak USIM.

 


                Sepanjang 3 hari program berlansung,pelbagai aktiviti telah di diadakan, antaranya adalah, Pameran dan taklimat di setiap fakulti, pameran pasukan beruniform, persembahan pelajar, Kempen Derma Darah dan Pemeriksaan Kesihatan, gerai jualan, pertandingan sukan, pertandingan fotografi pertandingan Explore Race dan  tayangan vedio. Kesemua aktiviti dan acara ini melibatkan keseluruhan fakulti dan juga jabatan serta pusat. Karnival ini juga turut diserikan dengan Majlis Pengisytiharan Kompleks Sukan Tunku Najihah di mana telah disempurnakan oleh Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Najihah Binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin pada hari Sabtu, 5 Mac 2011  

          Diharapkan program-program seperti  ini, dapat menjalinkan  ikatan   perpaduan,  memperluaskan pergaulan dan memupuk interaksi yang sihat di kalangan  warga USIM dan masyarakat luar serta mempromosikan USIM sebagai destinasi pengajian yang unik bagi menyuntik semangat kepada pelajar yang berkunjung untuk belajar bersungguh-sungguh dan seterusnya menyimpan cita-cita untuk melanjutkan pelajaran universiti.