Sistem E-hadir berfungsi atau sebaliknya?

01/03/2011 19:58

 

oleh:Jalak Kuning

NILAI- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah melancarkan sistem E-hadir bagi mengantikan sistem manual mengunakan penyata kehadiran untuk mencatatkan kehadiran para siswazah, pensyarah-pensyarah dan kakitangan usim.

          Sistem E-hadir telah mula berkuatkuasa pada awal semester lalu. Sistem ini bertujuan memastikan agar para siswazah lebih berdisiplin dalam kehadiran mereka ke kelas. Sekiranya mereka terlambat 15 minit secara automatik dikira tidak hadir.

         Menurut Abdul Aziz Muhammad, 21, pelajar tahun 3,(FEM) “sistem E-hadir ini masih menimbulkan kekeliruan di kalangan pelajar apabila mereka menyemak keputusan E-hadir, mereka mendapati peratus kehadiran mereka kurang daripada 80%”, Katanya

         Kebanyakan pelajar merungut bahawa kehadiran mereka penuh tetapi apabila disemak dalam sistem E-hadir kehadirannya sebaliknya. Mereka terpaksa membuat aduan di Pusat IT untuk memeriksa kembali kad matrik. Mereka berharap pihak bertanggungjawab perlu memastikan sistem ini berfungsi dengan sempurna supaya rekod kehadiran para pelajar berjalan dengan lancar.